KM5 Jalan Muar, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim
Telefon: 07-9310740 Faksimili: 07-9310750 Emel: JBA7016@1bestarinet.yes.my KOD SEKOLAH: JBA7016

Slogan : Belajar Terus Maju

Visi : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Selamat Datang ke Laman SK Gemereh_Sesi Persekolahan Tahun 2019 Rancak Berlangsung_Belajar Terus Maju_Sila Layari Untuk Dapatkan Lebih Maklumat_Terima Kasih Kerana Sabar Menunggu_Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan

Sejarah sekolah

Sekolah Kebangsaan Gemereh telah dibina pada tahun1926 dan memulakan sesi pembelajaran pada tahun 1927. Sebuah bangunan kayu yang berlantaikan papan berukuran 24.88m (80 kaki) dibina di sebidang tanah yang diwakafkan berhampiran tanah perkuburan Kampung Gemereh di Lot 429, KM5 Jalan Muar dengan keluasan tanah 1E:3R:11P.

Bermula dengan 32 orang murid dengan 4 orang guru. Guru Besar yang pertama adalah Tuan Haji Yahya Bin Kubu. Sekolah ini telah dirasmikan pada 28 Mac 1927 oleh En. Mohd Tap Bin Hj Ismail, Pegawai Daerah Segamat.

Pada tahun 1955, pembinaan peringkat kedua telah dilaksanakan. Sebuah bangunan batu dua tingkat telah didirikan di atas tanah Lot 19022 iaitu tapak bangunan yang dibeli hasil daripada kutipan derma orang ramai sebanyak RM 2450.00. Jumlah keluasan tapak sekolah menjadi 3.30 ekar. Pada tahun yang sama, Sekolah Perempuan Gemereh telah ditubuhkan dibawah pimpinan Guru Besarnya Puan Fatimah Binti Hj Mohd Amin dengan dibantu oleh empat orang guru penolong. Namun demikian, sekolah tersebut tidak dapat bertahan lama.

Pada tahun 1959, bangunan sekolah ini ditambah lagi dua bilik darjah dan sekolah lelaki dan perempuan digabungkan. Guru Besar pertamanya ialah Tn Hj Hassan Bin Mohamad. Sekolah ini telah menyambut perayaan Jubli Emas pada tahun 1977 yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Osman Bin Saad, Menteri Besar Johor.

Pada 1 Mei 1994, sekolah ini telah dinaik taraf kepada sekolah Gred A dan telah menerima 3 orang Guru Penolong Kanan dengan Tn Hj Tahir Bin Karon sebagai Guru Besar. Pertambahan murid telah membawa pertambahan bangunan dan kelas. Pada 28 September 1999, bangunan baru 3 tingkat telah dibina dan digunakan sepenuhnya pada 3 Januari 2000. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Othman Bin Jais, ADUN Sepinang sempena sambutan Jubli Intan sekolah ini pada 25 Oktober 2002.

Pada tahun 2010, sekolah ini mendapat bangunan 4 tingkat yang mengandungi dewan terbuka dan bangunan pra sekolah bagi menggantikan blok lama yang telah usang. Penyerahan bangunan telah diterima pada 27 Julai 2011 dan digunakan sepenuhnya pada 1 April 2013. Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran juga telah dibuka dengan seorang murid perempuan.

Sekolah Kebangsaan Gemereh kini telah melahirkan ramai cendikiawan dan cerdik pandai yang menjawat jawatan tinggi kerajaan dan swasta. Semoga sekolah ini akan terus maju, cemerlang dan gemilang di masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan