KM5 Jalan Muar, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim
Telefon: 07-9310740 Faksimili: 07-9310750 Emel: JBA7016@1bestarinet.yes.my KOD SEKOLAH: JBA7016

Slogan : Belajar Terus Maju

Visi : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Selamat Datang ke Laman SK Gemereh_Sesi Persekolahan Tahun 2019 Rancak Berlangsung_Belajar Terus Maju_Sila Layari Untuk Dapatkan Lebih Maklumat_Terima Kasih Kerana Sabar Menunggu_Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan

Ahad, 29 September 2013

SOALAN ANALISA KOMPETENSI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakan sistem:
26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur
17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan dan Johor
23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor

Makluman:

* Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di email helpdesk@opulens-sa.com

* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG)


Link website untuk soalan analisa http://ict-kpm.azurewebsites.net/

Musim Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4


Beberapa orang guru telah dipilih oleh pihak pentadbir sekolah untuk menghadiri Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 yang sedang dan telah dijalankan di beberapa sekolah di sekitar Segamat. Kursus ini bertujuan untuk menyebarkan kandungan KSSR dan PBS bagi guru-guru yang bakal mengajar kelas Tahun 4 pada tahun hadapan.

Terdapat matapelajaran yang baru diperkenalkan untuk kurikulum Tahun 4 mulai tahun 2014 nanti iaitu Sejarah yang menggantikan matapelajaran Kajian Tempatan dan PSK manakala matapelaran TMK dan RBT akan menggantikan matapelaran Kemahiran Hidup.

Kursus-kursus tersebut dijalankan selama 4 hari bermula pada hari Rabu dan berakhir pada hari Sabtu, 8:00 pagi hingga 5:00 petang.

Kepada guru-guru yang terpilih, selamat ber"Kursus" !

Isnin, 23 September 2013

LATIHAN KEBAKARAN 2013

Latihan Kebakaran SK Gemereh 2013

24 September 2013

Lebih kurang pukul 11:20 pagi, sesi latihan kebakaran telah diadakan di padang SK Gemereh. 

Sesi taklmat keselamatan kebakaran telah disampaikan oleh En. Sapawi dan Pn. Faridah.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua warga SK Gemereh iaitu murid-murid, guru-guru, barisan pentadbir, staf-staf sokongan dan semua pekerja sekolah yang berjaya berkumpul di tapak perhimpunan kebakaran iaitu di padang sekolah pada masa yang ditetapkan.
 




Cikgu-cikgu SK Gemereh Tahun 2012

Pada tahun 2013 ini, ada dua orang guru yang bersara iaitu Pn. Faziah (duduk paling kiri) dan Pn. Rugayah (duduk empat dari kanan).Selamat bersara diucapkan.

Ada dua orang guru yang dinaikkan pangkat dan berpindah ke sekolah lain iaitu Pn. Zameha (duduk empat dari kiri) dinaikkan pangkat daripada GPK1 ke Guru Besar di SK Mensudut Pindah dan En. Rosli (belakang dua dari kanan) dinaikkan ke GPK Kokurikulum di SK LKTP Pemanis 2. Tahniah diucapkan dan selamat berkhidmat di sekolah baru.

Manakala seorang guru iaitu Ustazah Normakina (berdiri tengah paling kanan) berpindah ke SK Batu Anam. Selamat berkhidmat di sekolah baru.




Inilah SK Gemereh, Segamat,Johor. Gambar diambil sekitar tahun 2012.





Ahad, 22 September 2013

23 September 2013....bermulanya blog skgemereh yang baru

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Hari ini. 23 September 2013 merupakan hari pertama blog SK Gemereh yang 'baru' diwujudkan setelah beberapa blog skgemereh yang lama tidak lagi aktif disebabkan tiada admin yang aktif.

Beberapa nama blog yang ingin dibuat tidak dapat digunakan seperti skgemereh.blogspot.com, skgems.blogspot.com kerana admin yang membuat blog ini tidak diketahui siapa dan 'user' dan 'password'nya tidak dapat dijejaki.

Akhirnya, saya memilih nama blog sk-gemereh.blogspot.com sebagai laman rasmi blog bagi Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor.

admin.