KM5 Jalan Muar, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim
Telefon: 07-9310740 Faksimili: 07-9310750 Emel: JBA7016@1bestarinet.yes.my KOD SEKOLAH: JBA7016

Slogan : Belajar Terus Maju

Visi : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Selamat Datang ke Laman SK Gemereh_Sesi Persekolahan Tahun 2019 Rancak Berlangsung_Belajar Terus Maju_Sila Layari Untuk Dapatkan Lebih Maklumat_Terima Kasih Kerana Sabar Menunggu_Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan

Rabu, 15 Mei 2019

Majlis Persaraan Cikgu Fatimah Binti Mohamed

CIKGU FATIMAH BINTI MOHAMED
(Guru Akademik Matematik)

SEJARAH PERKHIDMATAN

 02 Julai  1988 -  04 April 2019
Berkhidmat di SK GEMEREH
( 31 tahun perkhidmatan)
  
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
   1996 -- ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
 2003 – ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
  2013 -- ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
  2018 -- ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

PERIBADI

·       Lebih mesra dengan panggilan Cikgu Timah.

·       Beliau dilahirkan pada 05.04.1963 dan berasal dari Segamat, Johor.

·       Berkahwin pada 18.12.1987 dan dikurniakan 4 orang anak lelaki dan 2 orang sudah berumahtangga.

·       Beliau mula berkhidmat pada 02.07.1988 hingga 04.04.2019     (31 tahun perkhidmatan) di SK Gemereh dan bersara wajib pada 05.04.2019. Beliau ber minat dalam bidang perniagaan.

RASIONAL


Detik persaraan merupakan hari bersejarah dalam diari kehidupan seorang penjawat awam terutama bagi guru-guru yang penuh dedikasi seperti Cikgu Fatimah binti Mohamed selaku Guru Pakar Matematik. Oleh yang demikian, sebagai tanda menghargai jasa serta sumbangan mereka, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih bagi meraikan hari persaraan beliau.

MATLAMAT

Penghargaan kepada guru yang akan bersara pada 5 APRIL 2019.


OBJEKTIF

¨     Menyanjung budi dan mengenang jasa guru bersara dalam perkhidmatan.

¨     Mewujudkan keakraban dan semangat kekeluargaan dalam kalangan semua warga SK Gemereh.

¨     Memberi lambaian terakhir kepada guru bersara yang akan meninggalkan sekolah pada hari terakhir perkhidmatan beliau.

¨     Memberi ruang kepada guru bersara untuk bersalaman dengan semua.
















Tema Hari Guru SKG

SAMBUTAN HARI GURU BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Alhamdulillah semua guru sangat sporting dan bersemangat untuk menyahut seruan tema ini. Berikut merupakan memori yang sempat dirakamkan:
















Sambutan Hari Guru SK Gemereh


KHAMIS
25 APRIL 2019
DEWAN TERBUKA SRI GEMEREH
TERIMA KASIH CIKGU



PENGERUSI
CIKGU ABDUL RAHMAN BIN IBAS

PENYELARAS
CIKGU AHMAD LUTFI BIN ADNAN
CIKGU ZULKHARNAIN BIN MD TAP

SETIAUSAHA
CIKGU MARIZAH BINTI AHMAD

BENDAHARI
CIKGU AGILA SARKUNAN

AJK BUKU PROGRAM
Cikgu Norhashimah Bt Mat Yahya
Cikgu Nor Rossilawati Binti Haron
Cikgu Wan Noriah Binti  Wan Husain
AJK PERSIAPAN PENTAS
Cikgu Siti Norrfitah Bt Ahmad
Cikgu Marizah Binti Ahmad
En. Mohd Zin bin Asrab
Pn. Halimaton binti Abd Ghani
Pn. Suhaili binti
AJK PA SISTEM DAN FOTOGRAFI
Cikgu Muhd Hilmi Bin Parhin 
En. Mohd Syarulnizam bin Abd Ghani
En. Izzudin bin ZAINAL ABIDIN
Cikgu Baenah Binti Ijak
Cikgu Hazita Bte Othman
AJK PERSEMBAHAN
Cikgu Umi Kalsom Binti Abu
Cikgu Siti Nur Binti AbdRahman
Cikgu Agila Sarkunan
Cikgu Siti Salwah Binti Shaikh Abd Rahim
Cikgu Monatul Saadiah Binti Mohd Shukeri
AJK AKTIVITI/SUKAN
CIKGU SITI HALIJAH BINTI ABD WAHAB
Cikgu Zulfiqar Hakim Bin Zulkefli
Cikgu Nor Farahana Binti M Ariffin
Cikgu Nor Fadzlen Binti Mahad
Cikgu Chew Lee Ching
AJK JURUACARA
CIKGU Salmiah Binti Arshad
Cikgu Nurul Azila Binti MohAmad Nor
Cikgu Mohd Shahrizan Bin Hussin
 AJK JAMUAN
CIKGU HASSAN BIN AMAN
Cikgu Aesah Bte Hasbon
Cikgu Zalina Bte  Ahmad
Cikgu Rusniza Bt Jamaludin
Cikgu Roziana Binti Abdul Aziz
AJK PERSIAPAN TEMPAT
CIKGU SAHARUDIN BIN MOKHTAR
Cikgu Zulkharnain Bin Mohd Tap
Cikgu Mohd Rasidde Bin A Jalil
Cikgu Mohd Shahrel Bin Lokman
Cikgu Suraya Binti Ahmad



Hari Guru 16 Mei 2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Logo Ini memberi maksud:
  • Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.
  • Icon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hajat.
  • Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru – jasa guru tidak ternilai.
  • Majlis sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada 16 Mei 2019 di Pulau Pinang.
  • Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun, ia merupakan sambutan yang paling bermakna buat guru-guru dan pelajar-pelajarnya.
    Pengorbanan dan jasa guru sebenarnya tidak pernah padam dalam hati sanubari pelajar-pelajarnya.

Sabtu, 11 Mei 2019

Buku Teks Digital dalam Frog VLE


Dunia pendidikan melangkah satu lagi tapak ke hadapan apabila buku teks digital sudah mula diperkenalkan di sekolah melalui akses FrogStore. Semua pengguna 1BestariNet akan dapat mengakses buku-buku ini dan akan dapat menggunakan lebih daripada 300 buku-buku teks yang ada  sebagai alternatif kepada buku teks bercetak.
    1. Tiada lagi buku yang berat bila anak-anak balik kampung !
    2. Guru, murid dan ibu bapa boleh mengakses buku teks pada bila-bila masa da di mana sahaja
    3. Lebih daripada 300 buah buku-buku teks dimuatkan.
    4. Akses percuma untu semua pengguna 1Bestarinet.

SAMPEL LINK

Sabtu, 4 Mei 2019

Program Frog VLE

Melalui Frog VLE, kami merapatkan jurang digital untuk membolehkan para guru dan pelajar mengakses pengetahuan dan pembelajaran yang berkualiti.

Kami menghargai kerjasama yang terbina dengan semua guru, pendidik, kawan, dan rakan kerjasama dalam bidang pendidikan. Melalui inisiatif ini, kami berhubung dengan pihak yang tepat dan bersama membina momentum untuk membawa perubahan ke dalam bilik darjah.
Dengan menyediakan sokongan dan latihan integrasi di sekolah-sekolah, kami mencipta persekitaran yang menyemarakkan semangat guru dan pelajar untuk menjana keberhasilan pengajaran dan pembelajaran dengan teknologi